December 16 2021

Virtualflex berganding dengan Fasspay dan Visa tambah baik aplikasi mudah alih KA$Hplus baharu

Virtualflex berganding dengan Fasspay dan Visa tambah baik aplikasi mudah alih KA$Hplus baharu

Virtualflex berganding dengan Fasspay dan Visa tambah baik aplikasi mudah alih KA$Hplus baharu

– Virtualflex, anak syarikat milik penuh Johor Corporation (JCorp), bekerjasama dengan Fass Payment Solutions (Fasspay), anak syarikat pembekal SoftPOS yang terkemuka di dunia, Soft Space, dan syarikat teknologi pembayaran global yang terulung, Visa, untuk melancarkan KA$H

Virtualflex kini mengendalikan platform pembayaran dan kesetiaan KA$H, yang membolehkan pelanggan membuat bayaran secara digital dan menikmati ganjaran KA$HBack.

Lebih banyak ciri dan manfaat sedang diperkenalkan menerusi aplikasi pembayaran dan kesetiaan mudah alih yang dinaik taraf - KA$H

KA$Hplus boleh menyediakan had e-dompet sehingga RM10,000 dan boleh menerbitkan kad prabayar Visa maya dan fizikal bagi pengguna untuk pembelian dan pembayaran seperti pembelian dalam talian,

Di samping membuat pembayaran, pengguna juga boleh menikmati program kesetiaan yang ditawarkan oleh Virtualflex untuk mendapat manfaat seperti pulangan tunai.

Manfaat lain kepada peniaga dan pengguna termasuk ganjaran automatik yang diterbitkan dengan kad prabayar Visa, tempahan khidmat , pembelian tiket bas, kereta api dan feri, perkhidmatan kewangan dan juga program pembayaran gaji.

Ketua Pegawai Teknologi Virtualflex, Heng Wa Seng berkata, langkah memperkenalkan e-dompet KA$Hplus dan kad prabayar Visa menawarkan pelbagai fungsi dan perkhidmatan digital yang menyediakan kemudahan dan manfaat pendigitalan di hujung jari pelanggan dan kakitangan JCorp.

“E-dompet KA$Hplus dan kad prabayar Visa, yang dibangunkan dan dikuasakan oleh Fasspay bawah Program Visa Fintech Fast Track, akan memperkukuh keupayaan dan kecekapan Virtualflex dengan ketara dan membantu kami dalam misi menggiatkan pembangunan sosioekonomi di Malaysia menerusi pendigitalan,” tambahnya.

Pengurus Negara Visa Malaysia, Ng Kong Boon berkata, kerjasama ini memaparkan bagaimana Program Visa Fintech Fast Track membolehkan syarikat-syarikat teknologi seperti Virtualflex mengubah tawaran perniagaan masing-masing dan bekerjasama dengan peserta fintech seperti Fasspay untuk menghasilkan program kad yang relevan kepada pengguna di Malaysia.

"Kami teruja untuk memperkenalkan kad prabayar Virtualflex Fasspay Visa untuk memperkasakan pengguna di negara ini menggunakan aplikasi KA$Hplus untuk membuat bayaran dan menerima ganjaran,” katanya.

Sementara itu, Chris Leong, Ketua Pegawai Eksekutif Fasspay berkata, kerjasama pihaknya dengan Virtualflex dan Visa bukan sahaja membuktikan kemampuan teknikal Fasspay tetapi juga keupayaan untuk menawarkan penyelesaian bertaraf bank, mematuhi persekitaran kawal selia yang diperlukan dan merangka penyelesaian yang akan membantu pelanggan mempelopori inovasi dan membantu mencapai misi korporat mereka.

Kerjasama antara Fasspay dan Virtualflex membolehkan KA$Hplus menyediakan produk yang bersedia untuk masa depan kepada pelanggan seperti fungsi-fungsi pembayaran yang dimodenkan dan dinaik taraf untuk memenuhi semua keperluan kawal selia yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia bagi penyedia perkhidmatan e-dompet.

Para pelanggan yang mendaftar untuk KA$Hplus pada bulan-bulan akan datang boleh menikmati manfaat tambahan. Kempen promosi juga akan diadakan termasuk cabutan bertuah, program subsidi serta bonus pengaktifan dan rujukan bagi para pemegang kad.